pencipta paling Esa

dengan kalimah,
Bismillahirahmanirahim.
aku masih tegak berdiri.
berjalan di atas jalan Allah,
buat mendekatkan diri dengan-Nya.
supaya biar,
di akhirat nanti tiada rugi.

biar sedikit cerita khayalan ini,
terus berfantasi diruang mimpi.
kerna kadang,
dunia realiti ini penuh kekejaman,
MANUSIA.

lafaz syahadah takkan pernah dilupa.
bibir ini cuba kubasahkan dengan kalimah suci Allah yang Esa.
99 nama-Nya.
takkan jua kulupa.

dan kerana,
malaikat dicipta dari cahaya,
takkan berhenti mencatat buat ditatap saat semua berkumpul di Padang Mahsyar.
semua dilihat.
semua didengar.

Allah maha Esa.
dan kerana dia,
semuanya menjadi kenyataan.
kita datang darinya,
kita kembali hanya pada-Nya jua.

Comments

Popular Posts