luka parah

bila luka dijari terkena limau.
pernah rasa pedihnya?
sama sahaja seperti kau ,
menyimbah cuka pada
hati aku yang sedang dilumur darah dan luka terbelah.

mana mungkin sepantas kilat
untuk sembuh.
semuanya terikat
pada tangan si pengikat.
inikah yang kau kata,
manusia takkan lari dari buat salah?

ah,
semuanya hanya lakonan!
memang manusia punya salah.
beribu berjuta.
tapi kalah benar, ikhlas mahu berubah,
mengapa kau masih lagi,
merasuk akal ini,
supaya percaya omongan kau?

Comments

Popular Posts