kita, mahu

ingin syurga hanya terkunci pada hati.
tapi tak pernah kau cuba.
hanya kata menggenggam akal.
dan kerana itu,
kau duduk diam bisu tanpa ada rasa ingin,
menjadi sebaik seikhlas setia
pada tuhanmu, Allah.

ibarat belon juga,
kau tiup sepuasnya
sebesarnya,
yang dalamnya sesak kau lumatkan
kutuk ngata.

dan bila pecah,
jadinya fitnah yang bersepah dibicara
tanpa bukti
yang mengaburi akal dan hati
Manusia.

takkan siapa pernah mengaku.
hanya tahu,
bila silap, minta maaf.

maaf kau diterima atau tak,
benda sudah berlaku.
walau kau tak rasa,
tapi kau yang buat.


Comments

Popular Posts