andai aku merampas

Andai aku merampas, maafkan aku.
Bukan niat ku untuk merampas hak milikmu.
Tak pernah terlintas dek akal fikiranku.
Bukan aku tak tahu, bukan aku tak rasa. 
Bukan aku tak alami.
Aku tahu, aku rasa dan aku pernah mengalaminya.
Sakit. 
Ya. Memang sakit.
Bagai ditusuk sembilu.
Teramat sakit. 
Kita wanita. Sama sama wanita.
Kaum hawa yang lemah.
Kaum yang patut dilindungi.
Tapi...
Kita bermusuhan sesama sendiri.
Sekali lagi...
Andai aku merampas, maafkan aku.
Tapi ku pinta izinmu.
Relakan aku berbahagia dengan hasil rampasanku.
Maaf sekiranya permintaanku keterlaluan.
Permintaanku seperti kejam.
Kedengaran seperti pembunuh.
Pembunuh perasaan.
Aku berbahagia di atas penderitaan orang lain.
Ku ulangi...
Andai aku merampas, maafkan aku.

Comments

Popular Posts